♥ ƒ ɑ ʀ ɑ ɑ ɑ ɑ ɑ
My Soul-ja ♡


Menú ♡
Entry ♡ About ♡
♥ Hello and Welcome my Followers . . I love my mum and my dad .What its mine , its mine . Farah Ain nama fake aku or my real name is Nur Farahin Binti Ahmad Fauzi , Now i'm sweet 20 , Love to write love to read . Anak manja \ Anak Abah \ Anak Mama . Aku sayang apa yang milik aku . Faham ?


Myself ♡

Panctual ♡
Save the date ♡
First Step
Daisypath Friendship tickers
Chatbox Song ♡


Mention me ♡




Find me here ♡



Farah Ain II

Create Your Badge
Creditos!
Template: Gisela ^^
Others:   
All rights reserved ® Farah Ain ♥



Photoshoot at Taman Tasik Shah Alam :)
Saturday, September 28, 2013• Heartbeat {0}









Buat sahabat sejati.
Monday, July 29, 2013• Heartbeat {0}
Hari ini bukan kebiasaanku menulis. Tetapi, entahlah…. hatiku terngiang-ngiang untuk menulis tentang perkara ini.
Mungkin ramai orang yang tidak sedarakan perkara ini. Tetapi, yang nyatanya sebenarnya semua orang mencari sahabat yang kekal persahabatan mereka, sehinggalah ke akhir hayat ini.
Tetapi tidak bagiku.
Apalah gunanya hidup jika hanya inginkan dunia ini. Kerana perancangan di dunia ini ibarat mereka sesuatu tetapi tidak diketahui hasilnya. Walaupun rekaan sudah lengkap dan perancangan telah sempurna, namun kenyataannya belum tentu sempurna kejadian yang difikirkan olehnya.
Kerana hari esok bukan tentu dia terus berjaya, paling tidak belum tentu nyawanya masih ada.
Kerana itulah, bagiku…
Sahabat sejatiku bukan sahaja suka duka ketika hidup di dunia, tetapi sahabat sejati itu kekal sehingga hidup di akhirat sana.
Justeru,
Daku mencari-cari beberapa artikel berkenaan sahabat sejati.jelas, sudah tentu banyak yang menyebut akan perkara ini.
Tetapi, yang paling bernilai dan detil sekali pada ungkapan Imam al-Ghazali.
Berikut keterangan Imam al-Ghazali tentang siapakah sahabat sejati :
  1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”  (Hadis riwayat al-Hakim)

Bagaimana jika sahabat sejati itu tiada di hadapan mata?
Jika berkenaan begini, sahabat sejati tidak akan lupa untuk mendoakan sahabatnya. Doa ikhlas, memohon kebaikan, pemeliharaan, kerahmatan, dan kekal berpanjangan persahabatan mereka.
Bukan itu sahaja.
Suka duka mereka disahut dalam doa. Tidak terputus kerana perubahan masa dan suasana.
Hati mereka sentiasa berpaut untuk mengabdikan diri kepada Allah, mengingati sepanjang masa Allah SWT.
Bukankah sahabat sejati itu seseorang yang membawa kamu mengingati Allah?
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulullah (SAW):
“Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (SWT). Apabila melihatnya akan menambahkan ilmu kamu, percakapannya akan menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (HR Tirmizi)
Tiada gunanya bersahabat kerana urusan keduniaan. Betapa bertuahnya seseorang yang bersahabat kerana Allah yang sentiasa wujud, hidup, dan kekal berpanjangan.
“Persahabatan itu tidak terletak ada pertemuan, tidak terletak pada manisnya ucapan di bibir, akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap sahabatnya dalam berdoa.”  (Imam al-Ghazali)
 

 

New friend !
Saturday, July 6, 2013• Heartbeat {0}
Assalamualaikum semua . .
Nak share ni ngan korang semua . Eh korang plak . Mentang mentang lah baru stay dekat Shah Alam ni sudah teralih bahasa plak . Hahahaha . Nai nak habaq mai at hampa semua .
Hari Sabtu bersamaan dengan 6 Julai 2013 . Farah dengan classmates lain ada class Koko , But class koko kami tu diganti dengan aktiviti luar or outdoor activity. Agak have fun lah jugak event ni .
Ok first game is , Tisu ! Halaaa game tu lah . Balut orang guna tisu tu . Jadi mumia lah model kami tu weyh ! hahahahahahahaha . Best lah jugak . Sebelum sebelum ni Farah balut orang guna surat khabar jer .
Pakai tisu ni agak mencabar lah jugak . Eh lupa palk nak gitau . Group kami group no 2 ! or nama group kami ialah ''Huga-Huga" . Tagline ? "Kreng kreng kong keng" ! Hahahaah
What The Funny ! Farah ingat budak intake April tu umor tua dari Farah rupanya sama umor . Sweet 20 you alls . Hahahah .
Oke next game is . Tepung ! Haa lha apa lagi . Tiup tepung lah dik oit ! . Putih muka ku . sudah nya nyanyi lagu ."putih purih melati , merah merah delima ." Ya Am/ Sebab boleh tengok muka semua orang putih semaapun ! tepung tu tak sedap kotttt !
Buat apa tiup tepung tu ? Saja suka suka tiup . Kena ari gula gula je pun ! Ingat kan ad Van Houten ke dalam tu . Hahaha . Best lah jugak game tu . Best sebab apa boleh tengok muka semua orang putih semacam . Hahahahahahaha .
Dan game seterusnya is . Bowling Kepala ! Eh bowling Kelapa lhaaaaa .Ala game ni aku semua orang tahu . Game budak budak sekolah rendah . Tapi game ni akan jadi ekstrem kalau budak Universiti yang main . Gila baq hang ! Satu botol air pun tak jatuh . Hahahaha .
Bila dah jatuh , Batal plak . Biasa lah tu . Bila sesama student yang jadi jugde . kan !
Haaaaaaa . Game ni lagi best . Farah panggil game ni , game ''Kasut Digaul " Hahahaha . Apakah ?? Game dia macam ni . Setiap satu kumpulan diwakil oleh 4 orang ahli kumpulan .
Kasut kami akan dicampur dengan kasut dari kumpulan lain . Farah tengok dah macam bundle kasut aku korang buat ! Aduyaiii . Dah kena gaul tu apa lagi . Kena cari lah kasut masing masing yang dah kenap campur dengan berpuluh kasut yang lain .
Memang awesome lah ! Nasib lah kasut Farah senang nak jumpa . Hahah . Tapi tak best kalau ada part yang kena sabotaj . Tak syokkjk lha wey hampa main macam tu . Game ni untuk fun fun ja . Bukan game untuk pergi berperang pun weyh
Come On lha !!!
Oke . Chill . .. Apa ? Penat dah baca , ala relex lah ceq oi , baru sikit . Hahah . Game yang seterusnya ialah , " Lari berpasangan " . Lari berpasangan lah sangat . Dah macam ketam cari ibu tak jumpa dah aku tengok . Aku lah anak ketam tu sebab aku pun terjebak dalam game tu .
Game dia senang je , Ikat tali at kaki lepas tu lari . Masalah nya sekarang bukan 2 orang je , tapi 10 orang kena lari dlam keadaan kaki berikat . Bayangkan . . Tak macam anak ketam !?
Mulanya team kami dah leading dah , Tapi ada excident plak . Kesian sahabat kami . Nasib tak terok . Tapi syukur lah dapat no 2 . Apa ? Hang ingat senang nak lari ramai ramai macam tu .
Oke . Tiba untuk last game . Game yang terakhir , ialah ,"Baling Belon "  Ala belon ada ayaq dalam tu . Senang je game . Tak syok sangat game ni tapi bole .

Oke . . Time untuk keputusan pemenang . . . jeng jeng jeng jeng . Group kami dapat 4 hamper . Syukur . Alhamdulillah !
Seronok sebenarnya kalau kita buat game tu jadi seronok . Dapat kawan baru . Dapat tahu perangai orang . Dapat kenal orang baru . .
Oke , Sampai sini ja aku celoteh . Sebab time ni aku dah mengantok . Housemate semua dah nak tidor . Memang lha petang , tapi penat oi ! . ..
Yee . jumpa lagi . .

Eh eh eh . Mana gambaq ?! Sabaq nahhh , nanti aku upload sebab gambaq banyak dalam kamera orang lain . tunggu dorang upload .
Oke . Assalamulaikum semua . Mmmmuuaaahhh !


                                                       

Hanya Allah Yang Tahu
Sunday, June 30, 2013• Heartbeat {0}

"Walau apa pun, hanya Allah yang tahu: Kisah Seorang Tua,Anak Terunanya dan Orang-orang kampung"


Perkongsian Abah kepada saya, moga manfaat kepada semua:

Segerombolan kuda liar menduduki satu kandang ditengah bandar dengan penuh keriangan sepanjang beberapa tahun sejak dipindahkan.

Allah izin, makanan dan minuman disitu semakin hari semakin sedikit dan tidak pula ditambah oleh sesiapa.

Segerombolan kuda liar itu cuba mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan dengan pergi ke rumah seorang tua yang mempunyai anak teruna di hulu perkampungan kerana seorang tua itu terkenal dengan kelembutan hati dan sifat pemurahnya.

Apabila sampai segerombolan kuda liar itu dirumah sorang tua itu, ramai orang kampung yang mengucapkan tahniah kepada seorang tua itu kerana beruntung mendapat secara percuma segerombolan kuda liar itu.

Dengan nada lembut dan merendah diri seorang tua itu menjawab "walau apa pun hanya Allah sahaja yang tahu".

Anak teruna kepada seorang tua itu sangat meminati untuk menunggang kuda, dan berhasrat untuk melatih kuda-kuda liar tersebut menjadi kuda lumba yang laju. Dengan itu, setiap hari anak teruna itu melatih kuda-kuda liar itu dengan pelbagai kaedah untuk merealisasikan hasratnya.

Allah izin, setelah melalui latihan intensif selama 2 bulan, kuda-kuda liar itu menjadi kuda lumba yang laju dan mengikut arahan. Orang kampung disitu memuji Seorang Tua itu kerana telah berjaya menjadikan kuda-kuda liar sebagai kuda lumba yang hebat dan mesti menarik perhatian orang-orang kaya.

Dengan nada lembut dan merendah diri seorang tua itu menjawab "walau apa pun hanya Allah sahaja yang tahu".

Sedang gembira hati si anak teruna menunggang kuda yang dilatihnya, Allah izin, kuda itu terjatuh terpijak lubang menyebabkan anak teruna itu patah kaki dan mendapat tempang kekal.

Orang kampung disitu menyembur sindiran sinis dan mengatakan bahawa Seorang Tua itu kerugian besar kerana anak terunanya tempang.

Dengan nada lembut dan merendah diri seorang tua itu menjawab "walau apa pun hanya Allah sahaja yang tahu".

Pada satu hari, komunis hadir kekawasan itu dan mengumpulkan semua pemuda-pemuda untuk dijadikan sebagai askar kerahan. Semua anak muda wajib untuk menyertai askar kerahan itu tanpa sebarang alasan.

Sedang komunis itu meneliti satu persatu pemuda, seorang anak muda disuruh keluar dari kumpulan itu kerana beliau tempang. Anak muda itu adalah anak teruna Seorang Tua itu.

Semua penduduk kampung mengatakan bahawa Seorang Tua itu beruntung kerana anak beliau terselamat dari menjadi askar kerahan.

Dengan nada lembut dan merendah diri seorang tua itu menjawab "walau apa pun hanya Allah sahaja yang tahu" 


Copyright by me : Farah Ain . 


Bosan
Sunday, June 16, 2013• Heartbeat {0}
Assalamualaikum semua . long time not update my blog . well imma really busy right now . btw  imma now one of Unisel student . Hahahahaha . first thing i wanna say that its really tired to be one of them . but sometimes it fun .. i got new friend from different state and race . its very awesome experince . kenapa tak dari dulu lagi aku jadi student U . well . imma now be one of them . apa yang aku merepek ni . oh my god . tade gambar yang aku bole post at sini lak . tak sempat nak snap picture diaorang . sebab time orientasi hari tu aku tak berapa sihat . so  i cant post anything .