Bila Rindu ♥
Assalamualaikum semua . Hey guys !
Rindu aku tak? hahahaha perasanlah aku ni, "sapa la nak rindu kat kau" huhuhu
Setiap
orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza...antara kata hati dan
kata lisan, sangat berbeza....kata lisan selalunya menipu diri orang
lain dan kekadang jugak menipu diri kita sendiri...kata hati lebih
jujur......oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati...
Sejujur
mana pon kita, kadang-2 ia boleh menyakiti hati seseorang..Jadi, untuk
tidak menyakiti hati seseorang, orang itu perlulah berfikir yang mana
terbaik utk diri dia dan orang lain juga,,,
Sebanyak
mana pon kata " SAYANG " yang diucapkan oleh lisan, tak semestinya dari
kata " HATI " nya sendiri....menipu dengan perasaan sendiri? apa
maknanya itu ? menjaga hati ?mungkin si dia ingin menjaga hati seseorang
itu.. Tanpa dia sedar dia menipu dirinya sendiri...
apa
nak buat bila rindu?? macam2 boleh buat kalau kita rindukan seseorang
tu. boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia. ada
jugak yang pilih untuk pendamkan je perasaan rindu tu. ada jugak yang
pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang
perasaan rindu yang dipendam tu. tapi bagi aku the best way bila rindu
adalah luahkan pada Yang Maha Esa. caranya? berdoa.
kalau kita rindukan seseorang, amalkan Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha ,
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
Contoh : " Ya Allah , sampaikan salam rinduku kepada Mohamad Adib bin Saidian sehingga aku menjadi kerinduannya .. "
kalau
kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang
dirindui tu dalam doa kita. bak kata orang dulu2, “ingat daku dalam
doamu”..hehehehe...doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan.
insyaAllah.
orang
cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitau pada
dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. betul ke? lagi 1.
ada jugak orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti
dapat pahala.
tapi
sampai bila perasaan harus dipendam ek? sehingga kita mendapat petanda
bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita. luahkan perasaan kepada
Allah SWT jauh lebih baik n lebih menenangkan jiwa. seriously.
bila
kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain..bila kita
rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain..bila kita
mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia
mengharapkan orang lain berada di sisi dia.
Kesimpulannya....JUJURLAH dengan diri sendiri dan Orang lain juga.
Creadit to : Dari Kacamata Arjuna .