Erti Sebuah Cinta Sejati .
Bismillahhirahmannirahim .
Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku
yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami.
Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya ??
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya
yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
*****************************************
“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah
engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di
dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai
dalam hati…cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba
Allah sebagai sebabnya…”
*****************************************
hmmm..jika
begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘cinta’ kita
kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah
memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota
tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran
kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya…maka
bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah
terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana
dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir
dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari….