♥ ƒ ɑ ʀ ɑ ɑ ɑ ɑ ɑ
My Soul-ja ♡


Menú ♡
Entry ♡ About ♡
♥ Hello and Welcome my Followers . . I love my mum and my dad .What its mine , its mine . Farah Ain nama fake aku or my real name is Nur Farahin Binti Ahmad Fauzi , Now i'm sweet 20 , Love to write love to read . Anak manja \ Anak Abah \ Anak Mama . Aku sayang apa yang milik aku . Faham ?


Myself ♡

Panctual ♡
Save the date ♡
First Step
Daisypath Friendship tickers
Chatbox Song ♡


Mention me ♡




Find me here ♡



Farah Ain II

Create Your Badge
Creditos!
Template: Gisela ^^
Others:   
All rights reserved ® Farah Ain ♥



Buat sahabat sejati.
Monday, July 29, 2013• Heartbeat {0}
Hari ini bukan kebiasaanku menulis. Tetapi, entahlah…. hatiku terngiang-ngiang untuk menulis tentang perkara ini.
Mungkin ramai orang yang tidak sedarakan perkara ini. Tetapi, yang nyatanya sebenarnya semua orang mencari sahabat yang kekal persahabatan mereka, sehinggalah ke akhir hayat ini.
Tetapi tidak bagiku.
Apalah gunanya hidup jika hanya inginkan dunia ini. Kerana perancangan di dunia ini ibarat mereka sesuatu tetapi tidak diketahui hasilnya. Walaupun rekaan sudah lengkap dan perancangan telah sempurna, namun kenyataannya belum tentu sempurna kejadian yang difikirkan olehnya.
Kerana hari esok bukan tentu dia terus berjaya, paling tidak belum tentu nyawanya masih ada.
Kerana itulah, bagiku…
Sahabat sejatiku bukan sahaja suka duka ketika hidup di dunia, tetapi sahabat sejati itu kekal sehingga hidup di akhirat sana.
Justeru,
Daku mencari-cari beberapa artikel berkenaan sahabat sejati.jelas, sudah tentu banyak yang menyebut akan perkara ini.
Tetapi, yang paling bernilai dan detil sekali pada ungkapan Imam al-Ghazali.
Berikut keterangan Imam al-Ghazali tentang siapakah sahabat sejati :
  1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”  (Hadis riwayat al-Hakim)

Bagaimana jika sahabat sejati itu tiada di hadapan mata?
Jika berkenaan begini, sahabat sejati tidak akan lupa untuk mendoakan sahabatnya. Doa ikhlas, memohon kebaikan, pemeliharaan, kerahmatan, dan kekal berpanjangan persahabatan mereka.
Bukan itu sahaja.
Suka duka mereka disahut dalam doa. Tidak terputus kerana perubahan masa dan suasana.
Hati mereka sentiasa berpaut untuk mengabdikan diri kepada Allah, mengingati sepanjang masa Allah SWT.
Bukankah sahabat sejati itu seseorang yang membawa kamu mengingati Allah?
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulullah (SAW):
“Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (SWT). Apabila melihatnya akan menambahkan ilmu kamu, percakapannya akan menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (HR Tirmizi)
Tiada gunanya bersahabat kerana urusan keduniaan. Betapa bertuahnya seseorang yang bersahabat kerana Allah yang sentiasa wujud, hidup, dan kekal berpanjangan.
“Persahabatan itu tidak terletak ada pertemuan, tidak terletak pada manisnya ucapan di bibir, akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap sahabatnya dalam berdoa.”  (Imam al-Ghazali)